We drove straight to Hospital Sultan Ismail after Subuh.. Ya Allah adakah Aidil Fitri ini sambutan hari raya terakhir dengan Bang Bujang. He was a husband to my second sister, semua menantu Haji Jendol seperti adik beradik, dan pengertian hubungan antara aku dan dia, tak terucap oleh kata-kata tetapi disaksikan oleh sesi mengopi, sesi menikmati kfc di bandar Tampin setiap kali pulang ke Kampung. He had colon cancer one year ago but he was a fighter and had went through operation, chemo & radio theraphy.
Tapi sejurus selepas raya dia terlantar di hospital kerana mengidap chicken pox tahap kronik. Suhu badan yang tidak turun-turun menyebabkan badan menolak darah putih yang disalurkan. Tahap darah putih Bang Bujang terlalu rendah, kencing mengandungi darah sepekat kicap. Ya Allah harap tiada yang serius, kalaulah cancer sejahat itu mampu dilawan, pasti takan terjadi apa-apa… bertahan Bang Bujang, hang on there. I've planned to visit him by midst of September during my trip to Singapore.
Tapi mana mampu kita menidakkan kekuasaan Allah. Cerita telah tertulis hanya dia yang maha mengetahui apakah yang tersurat dan tersirat.
Sebaknya dada setiap kali teringat saat wayar pernafasan ditarik dan nombor denyutan berkurang ke angka 0. Dari Allah dia datang dan dari Allah juga dia kembali.
You will always have a soft spot in my heart, takan ada Buj Sam yang akan like setiap perkembangan aku di fb lagi.. aku tahu dia selalu bangga dengan apa yang aku buat dan selalu memerhatikan aku dari kejauhan. Aku akan merindui dia sebagai teman berbual setiap kali balik kampung. Masih teringat-ingat setiap kali dia menghantar aku ke Pusat Bandar Pasir Gudang sewaktu aku bekerja part time sebagai waitress di sebuah restoran semasa cuti semester. Dia akan membonceng aku ke tempat kerja dengan scrambler tingginya itu. Mana ada orang berani kacau melihat lelaki macho dan handsome membonceng aku saban pagi.
Seperti mimpi semua ini berlaku, setiap kali aku tidur, aku berharap ini hanyalah mimpi sedih, dan bila aku terjaga dan kembali ke realiti, kematian ini tidak pernah terjadi. Sebaknya dada…..kalau aku insan yang jauh merasai kehilangannya apatah lagi isteri dan anak-anaknya, Angah tabahkan hati, be strong Ain, Ayu dan Intan.
Ya Allah kau letakkan dia di tempat paling cantik, dihuni hanya ahli firdausi. Mati itu pasti dan mana mungkin dapat dielakkan. I imagine you smiling, handsome and macho as always. Tenanglah kau di sana Bang Bujang. Insya Allah… Al Fatihah:(
No comments:
Post a Comment