See not what displeases Allah
Speak no evil
Hear no evil
Do no evil
Look to Allah with fear and hope
"O you who believe! Fasting is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may become God-fearing." (The Quran, 2:183)
The Prophet (peace and blessings be upon him) said: Whoever fasts during Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. Whoever prays during the nights in Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. And he who passes Lailat al-Qadr in prayer with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven (Bukhari, Muslim).
Amalan berpuasa menjadi sesuatu yang memberi makna yang berbeza, apabila usia telah meningkat seperti sekarang. Mempunyai sepasang anak yang berusia 11 tahun dan 6 tahun wajarnya menjadikan aku ibunya sebagai contoh. Tetapi bertuahnya badan dikurniakan anak yang tidak banyak kerenah. Arissa mula berpuasa penuh sejak usia 4 tahun..dan Syamil berpuasa penuh semenjak usia berusia 5 tahun. Wow....without ponteng even a day....Tidak pernah memberi tekanan kepada mereka untuk berpuasa, tetapi mereka melakukan dengan rela hati..dan sangat seronok setiap kali Ramadan menjenguk.
Sementara aku apabila mengimbas kembali zaman kanak2 memang selalu ponteng puasa atau curi curi minum.. alasan kerana tak tahan. Bila sampai ke penghujung Ramadhan aku dan Kak Ita selalu buka puasa separuh jalan dengan alasan, untuk menjadi tukang rasa kuih emak, takut terkurang atau terlebih manis :) Dan emak memang bukanlah orang yang terlalu straight.
Berbezanya keaadaan kehidupan kanak2 di zaman ini dan dulu. Tetapi bersandarkan kesilapan lalulah yang menjadikan aku sebagaimana sekarang. I am bless to have a very rich moment of childhood. Sesungguhnya kadang2 aku tersenyum dan seringkali merindui zaman kanak2 ku itu: bermain air hujan....menangkap anak katak, bermain pondok2 dan masak2, bermain lumpur, memanjat pokok..and the list went on and on...
mmmmm.... Seperti lazimnya seperti Ramadan yang sudah2 aku mengimbau kembali nostalgia berharga yang pernah aku lalui...yang pastinya membuat aku tersenyum sendiri:)
No comments:
Post a Comment